Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 2010 Februari 24

Kesan Kesibukan Kerja Kepada Anak-anak..

Assalamualikum...

Pembaca yg budiman..adui..tajuk nih memang agak berat utk di fikirkan.. Kita kadang kala terlupa di dalam kesibukan kita bekerja sebenarnya ape tujuan utama kita bekerja.. Lebih-lebih lagi persoalan yg paling utama apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia ini..

Kita seringkali terkeliru dan terhanyut didalam kesibukan kita sama ada di pejabat..di kedai..hatta di rumah sekalipun. Seringkali apabila ada waktu senggang barang 2 minit sekalipun terlintas di kotak fikiran kita..." eh.. apa yg aku sibuk-sibukkan nie..penting sangat ke bende ini sampai tak de waktu rehat langsung.. sampai terpaksa balik lewat malam nih..".. ah.. sering kali kita mengeluh kepenatan.. dan buntu dengan situasi kerja, orang2 disekeliling, fail2 itu..fail2 ini..surat2 itu..surat2 ini.. pesanan2 itu..pesanan2 ini.. kebanyakannye...kerja2 kita itu..lebih utk memuaskan hati orang lain dari diri sendiri..walaupun sesetengah pihak tu bekerja sendiri..

Jadi sampai bila kita nak puaskan hati pihak yg lain..yg kadangkala tu takde kepentingan langsung dalam hidup kita..situasi dan realiti hidup zaman ini kadang kala sudah macam terbalik..orang2 yg penting dalam hidup kita.. kita abaikan dan pinggirkan.. orang2 lain yg tak penting langsung diberi keutamaan..
Begitu juga halnya dengan anak-anak.. mereka ini penting bagi kita..merupakan satu amanah Allah yg akan ditanya kelak..adakah hak mereka sudah cukup kita tunaikan?..Bagaimana cara kita mendidik anak2 kita?.. Terlampau sibukkah kita didalam kehidupan kita sehari2 ini utk meluangkan barang seminit dua utk anak-anak..

Terfikirkah kita di dalam pergolakkan masalah2 jenayah..kes2 buang anak..keruntuhan moral dan akhlak muda-mudi kita sekarang ini mungkin punca utamanya disebabkan kesibukan kerja ibu bapa yg menyebabkan seterusnya anak2 terabai?
Adakah tuntutan material dewasa ini amat mencengkam semua kita sampai kita perlu bekerja lebih keras dari datuk2 kita dulu2 yg membanting tulang 4 kerat membuka hutan dan kampung?.. Sudahlah itu bila bekerja pula perlu sibuk2kan diri tanpa hirau keperluan anak2.. samada dari segi perhatian dan kasih sayang? Cukupkah dengan pemberian material sahaja tanpa bimbingan ibu-bapa anak2 ini boleh membawa diri mereka kelak.. mengenal diri..mengenal Tuhan..dan mengenal apakah makna sebenar kehidupan itu?

Tenangkan diri..berikan sedikit ruang barang 5 minit.. muhasabah diri dan berfikir dengan waras... sanggupkah kita gadaikan anak-anak kita dengan kesibukkan mencari status,wang dan kemewahan hidup..

Isnin, 2009 Ogos 03

makan bersama..


assalamualaikum..

Pada suatu hari, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan anak2 BOS saya..Daripada pandangan mata saya, kemesraan beliau bersama anak2 begitu menyerlah..setelah "dirisik" apa petuanya..beliau memberitahu "makan bersama ahli keluarga" adalah perkara yang paling penting bagi menjaga perhubungan antara satu sama lain..

Setelah mendengar petua beliau, saya cuba mengaplikasikan secara rutin..kena paksa2 gak lah..

Setelah selama seminggu menjalankan aktiviti makan bersama, saya sudah nampak perubahannya..Anak saya yang berumur 7 tahun dan 2 1/2 tahun sudah pandai mengajak saya makan bersama selepas saya pulang dari pejabat..Alhamdullilah..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Ros yang tidak lokek mencurahkan ilmu dan petua..semoga saya diberi ruang masa dan kesabaran untuk saya meneruskan aktiviti yang begitu bermanfaat ini.

Sekian.Jumpa lagi.

Jumaat, 2009 Julai 31

Kursus Pengusaha TASKA Di Rumah

Assalamualaikum..

Kepada pembaca atau surirumah (mesti ahli koperasi) yang sedang mengusahakan TASKA di rumah..atau ada menjaga kanak-kanak (anak jiran ke..)dan berminat dalam bidang ini, pihak Unit Pembangunan Wanita ANGKASA akan mengadakan satu kursus untuk meningkatkan kualiti pengasuhan di rumah pada 6-8 Ogos 2009, bertempat di Dewan Serbaguna ANGKASA, Kelana Jaya..

Sesiapa yang berminat tetapi masih belum menjadi ahli koperasi harap dapat berdaftar dengan koperasi yang terdekat untuk mendapat keahlian..Banyak manfaat yang diperolehi jika menjadi ahli koperasi..terutama menghadiri kursus-kursus untuk menambahkan ilmu..HARAP DAPAT REBUT PELUANG INI UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN!!

Sila hubungi Unit Pembangunan Wanita ANGKASA-03-78008175

Sekian.Terima Kasih

Khamis, 2009 Julai 30

bunga kertas..

Assalamualaikum..

Sejak terlibat dengan TASKA Cahaya Mata di ANGKASA, banyak idea-idea baru yang saya perolehi tentang aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan anak-anak, walaupun tugas saya hanya memantau perjalanan harian TASKA.

Untuk bulan ini, tema aktiviti di TASKA Cahaya Mata adalah tumbuh-tumbuhan berdaun dan berbunga..

untuk aktiviti art and craft, mereka telah menggunakan cawan kertas untuk kek untuk dijadikan sebagai bunga..amat menarik..cawan kertas tersebut digunting beberapa bahagian untuk dijadikan kelopak bunga..kemudian dilekatkan pada 'straw' dan dipacakkkan ke dalam pasu kecil yang telah diisikan tanah liat..

jadilah bunga yang diletakkan dalam pasu bunga..saya ada juga mencuba bersama anak2..tapi bukan setakat bunga..bentuk ikan, rama2 pun ada..dah jadi lain pulak dah..

hehhe...selamat mencuba..

jumpa lagi..

Rabu, 2009 Julai 29

teng-teng..

Assalamualaikum..

salam hormat kepada semua pembaca..

Salah satu permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi masa sekarang adalah permainan teng-teng. Kalau waktu kecil2 dulu, permainan ini begitu popular di kalangan kanak-kanak..tak kira bermain pada waktu rehat sekolah rendah atau bermain bila pulang dari sekolah..yang penting mesti main lompat-lompat..

Supaya permainan ini berterusan, saya bermain bersama anak-anak..bermula dengan melukis garisan berbentuk segiempat dan separa bulat yang dikenali sebagai "bulan" menggunakan kapur tulis dan mencari batu kecil untuk dilemparkan semasa proses permainan ini berlangsung. Sebelum bermain, saya menerangkan peraturan2 tertentu yang perlu dipatuhi..Adam dan Aisyah..nampaknya macam paham..tapi Anis..hehhe..main belasah je lompat..

Penat jugak sebenarnya..maklumlah bila dah tua2 nih nak main lompat-lompat..macam berat sket..hehheh..tapi seronoklah sebenarnya..anak2 jangan cakaplah..lagi lahhhhhhhh seronok..hehheh..

kay lah..jangan lupa bermain lompat2 dengan anak2..keluar peluh sket..bagus gak untuk kesihatan..

Jumpa lagi

Selasa, 2009 Julai 28

ala-ala galah panjang

Assalamualaikum..

Banyak juga aktiviti bersama anak2 yang dilakukan bersama sejak akhir-akhir ini. Cuma agak kesuntukkan masa untuk berkongsi bersama pembaca.

Baru-baru ini, anak saya yang berumur tujuh tahun agak kelihatan bosan melakukan aktiviti kegiatan kreatif..jadi saya telah membaca sebuah buku berkaitan perkembangan anak anak yang telah ditulis Dr Spock untuk mengetahui aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur Adam (7 tahun). Di dalam buku tersebut mengatakan anak lelaki dalam lingkungan umur 7-8 tahun lebih suka aktiviti/kegiatan luar dan lebih lasak.

Jadi pada waktu petang, di halaman rumah saya mengajak anak2 bermain ala-ala galah panjang. Menggunakan selotep dan kapur saya melukis garisan-garian dan bentuk kotak2 tertentu seperti bermain galah panjang. Seronok lah anak2 saya..bermain tangkap2 dan kejar2 oleh seekor harimau.Berpeluh lah jugak..ehe..

Adam pun nampaknya seronok..lain kali ajak saya bermain lagi macam tu..InsyaAllah..

Harap kalu anda di sana mempunyai anak sebaya dengan adam..dan agak bosan duduk di rumah..ajaklah bermain kejar2..mesti seronok..(anak2 yang kecik2 pun seronok..)ehe..

Bye..Jumpa lagi..

Jumaat, 2009 Julai 24

peranan wanita, ibu dan isteri

assalamualaikum..

salam ukhwah kepada semua pengunjung blog..terima kasih atas sokongan anda..

saya ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama pembaca sejak saya bekerja di BIRO ANGKASA,agak sibuk sebenarnya..menguruskan seminar-seminar dan kursus untuk kaum wanita supaya wanita kini lebih berdaya saing serta memantau perjalanan TASKA Cahaya Mata ANGKASA..Itulah tugas baru saya di sini..disebabkan peranan saya di sini melibatkan wanita dan perkembangan anak2, ia seakan selari dengan niat saya yang ingin berkongsi ilmu keibubapaan dan menjadi wanita yang berkerjaya tetapi masih lagi menitikberatkan perihal keluarga, ia mendorong saya untuk berada di ANGKASA.

Diharapkan ia mendapat sokongan dari semua pihak.Walaupun masih terlalu awal, tetapi diharapkan saya dapat memberi sedikit sumbangan untuk sama-sama membangunkan wanita dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai ibu dan isteri.Sama-samalah kita perjuangkannya dan harunginya.InsyaAllah

terima kasih..
Jumpa lagi