
assalamualaikum..
semalam sebaik sahaja selepas berbelanja di tesco, saya mengutarakan satu idea pada anak2..apa kata kita pegi picnic hari ni..kita buat hot dog..ibu dah belikan sosej dan roti hot dog..heheh..apa lagi..excited lah mereka..tapi dengan satu syarat, kena rehat dulu..pukul 4 kita mulakan akttiviti kita..masing2 setuju..

aisyah dan anis tidur dulu..adam dengan aktivitinya..(bermain blok)..lebih kurang pukul 4, kami mulakan aktiviti..saya menyediakan barang2 keperluan..dan meminta adam dan aisyah mengira berapa sosej yang diperlukan supaya semua orang dapat satu hot dog..( asas matematik-padanan)..mereka pun sibuk mengira2..ehheh..
sementara bibik menggoreng sosej dan french fries..kami sibuk memotong roti2
tersebut..(pastikan diselia dengan baik dengan peralatan yang tajam)..masing2 dapat peluang memotong roti masing2..kemudian saya memasukkan sos dan mayonis ke dalam botol yang mudah dipicit dan dikeluarkan..apabila selesai, kami memasukkan sosej ke dalam roti..kemudian memberi peluang kepada mereka memicit botol2 tersebut untuk mengeluarkan sos dan mayonis..( meningkatkan kemahiran penggunaan tangan dan anggaran) tarraaa..dah siap..!! seronoklah mereka..saya memberi peluang kepada mereka menghias hot dog masing2..(kreativiti) walaupun hasilnya tidak sesempurna mana..(tetapi proses tersebut lebih penting daripada produk akhir..) ehe..
setelah semua selesai..kami sama2 mengemas..adam siap nak menyapu lagi.kera
na sebelum aktiviti bermula mereka sudah berjanji akan menolong mengemas bersama2..seperti yag dijanjikan selepas asar, kami pun ke shah alam..di taman permainan, kami memberi ikan2 makan roti..anis amat teruja..apabila melihat ikan2 itu 'menangkap' roti2 yang dilemparkan..sambil jari telunjuknya menunding ke arah ikan2 tersebut..
selepas solat maghrib di petronas..kami bertolak pulang..anak2 pun dah penat..anis dan adam tertidur dalam kereta..kesian..!!
hmmm..jom picnic sama2..anak2 pasti teruja!! jumpa lagi..

0 comments:
Catat Ulasan