Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 2008 Ogos 11

hujung minggu penuh makna..!!

assalamualaikum..kawan2..

selamat datang kepada ayumi, ibu devi dari indonesia..dan mumcutekids...moga kalian dapat memberi idea dan pandangan yang mungkin boleh menambahkan ilmu..

hujung minggu memang dinanti-nantikan oleh semua keluarga..begitu juga dengan kami..dan hujung minggu lepas nampaknya lebih bermakna kerana masa bersama yang diisi lebih berilmu dan menyeronokkan.

bermula hari sabtu..pada waktu pagi..anak2 sudah bermain dengan flashcard..bermain ' pick the right card'. masa yang diluangkan lebih kurang 15 minit sahaja..tetapi ia berjalan dengan penuh seronok dan saya rasa ia memberi kesan yang baik pada anak2..kerana apa yang saya perhatikan mereka semakin mahir..alhamdullilah!! ( aktiviti kognitif, emosi, bahasa)

selepas itu..selesai mandi..breakfast..kami ke tesco..pun saya rasa aktiviti itu memang ditunggu oleh anak2..

balik..rehat..dan aktiviti 'hot dog'..aktiviti ke taman permainan..balik..rehat dan tidur..

hari ahad..saya meluangkan masa dengan anak2 untuk aktiviti kraf..membuat drum dan ia adalah idea diperolehi dari internet..(thanx ibu devi). saya hanya perlukan tin..'sticks'..,kertas warna dan selotep..heheh..gunting kertas warna..hiaskan tin dan jadikan 'sticks' untuk menjadi kaki drum..hehheh..so mereka pun bersama2 menyanyi..aisyah siap ambil violin mainan dan stick..buat ala2 menggesek biola..kelakar lak.. ( kreativiti aktiviti)

tengahari ke jaya jusco..cuci mata..balik, rehat dan petang kami membuat karipap..dan yang paling teruja dalam aktiviti ini adalah aisyah..maklumlah..dia memang suka dengan tepung..dan kuih muih..terdapat gambar2 yang merupakan hasil dari air tangan dia..tima kasih jugak untuk bibik kerana banyak membantu..hehhe.. ( kemahiran fizikal-tangan, koordinasi mata dan tangan, sikap tekun dan rajin membantu boleh diserapkan)

petang..minum petang dan karipap panas..lepas maghrib mengaji..(aktiviti kerohanian dan kognitif-menggunakan akal dan fikiran) dan baca buku..(aktiviti kognitif), saya rasa ia cukup terisi..terima kasih untuk ayahnya kerana banyak melayan kerenah kami..

jumpa lagi..

0 comments: