Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 2008 Ogos 05

naik bas..vroommm!!

assalamualaikum..

hari sabtu lepas merupakan hari bekerja..jadi terpaksalah bekerja..disebabkan tiada yang menemani saya untuk ke ofis (kerana kawan yang 'carpool' bersama cuti), jadi saya ambik keputusan untuk menaiki bas sahaja..

saya mengajak adam untuk menaiki bas bersama2 saya..dan ini adalah pengalaman keduanya, yang pertama menaiki bas bersama kawan2 tadika pergi ke zoo negara.Dia begitu 'excited'..pagi2 dah bangun..hehehe

tapi kali ini agak berbeza..kerana kami perlu menunggu bas di 'bus stop'.saya tidak habis2 menerangkan pelbagai perkara kepadanya..tentang 'bus stop', tentang bas yang akan dinaiki..perlu tengok di hadapan cermin bas..perlu baca apa yang ditulis..ke mana arah tuju bas tersebut..dan saya memberitahu tempat yang kami akan pergi..

saya juga memberikan duit syiling kepada adam yang akan dimasukkan ke dalam 'mesin syiling' di dalam bas itu nanti.dia amat teruja.. (ajar kira duit)

bila bas sampai..kami beratur..dan adam masukkan syiling itu...dan mengambil tiket..( ditunjuk ajar ) . semuanya pengalaman baru kepadanya..dari air mukanya saya dapat rasakan perkara tersebut amat memberikan kepuasan kepadanya.

sepanjang dalam bas..saya bercerita mengenai apa sahaja yang dapat dilihat di luar tingkap, tentang pokok, tentang buah, tentang rumah dan banyakkkk lagi..adam pula tak habis2 bertanya..tentang loceng..tentang lampu dalam bas..tentang 'exit door'..kelakar pulak tengok 'kejakunannya'..

dan kami melepasi satu tempat yang mengutip barang2 terpakai..recycle..dia bertanya lagi..tempat apa..secara tak langsung saya menerangkan tentang proses kitar semula.

heheeh..saya amat gembira..begitu juga dengan adam..sebaik sahaja sampai di rumah dia tak habis2 bercerita kepada ayahnya..

heheh..kalu ada masa bawalah anak menaiki bas , komuter atau lrt..mereka tentu gembira..bagus untuk menambah pengalaman mereka..dan mengeratkan hubungan antara anak2 dan ibu bapa..dan sebenarnya pelbagai perkara yang boleh diajar..lebih daripada pandangan mata kasar sahaja..

cubalah..

jumpa lagi..

0 comments: