
assalamualaikum..
apa khabar teman2 di luar sana? sudahkan mencuba aktiviti2 yang dicadangkan. diharapkan teman2 dapat meluangkan masa kualiti bersama anak2. terima kasih juga diucapkan kepada teman2 yang banyak menyokong saya dalam meneruskan penulisan ini..
pada masa sekarang ini, saya sedang mengajar anak2 membaca buku peter and jane..fokus lebih banyak ditumpukan kepada aisyah dan anis. setiap malam, (hampir seminggu) seboleh2nya saya menunjukkan buku tersebut. dan yang paling menggembirakan anis dah boleh sebut..jane..Alhamdullilah.. Dalam perancangan, saya ingin membuat 'flashcard' mengandungi perkataan2 tersebut.
melalui pengalaman yang ditimba semasa menjadi guru tadika. flash card tersebut mestilah agak besar lebih kurang berukuran 30 cm x 12 cm. dan sebaik-baiknya ditulis menggunakan marker hitam. dan kertas yang digunakan adalah kad manila berwarna putih..pastikan agak keras..dan kalu rajin adalah lebih baik dibalut dengan plastik supaya ia boleh digunakan dalam tempoh yang lama. tulisan tersebut perlulah ditulis dalam saiz yang besar bersesuaian dengan kad tersebut.
Insyaallah, jika kad itu telah siap, saya akan cuba letakkan gambar kad itu di sini.Insyaallah..
wassalam..jumpa lagi..

0 comments:
Catat Ulasan