
assalamualaikum...
minggu lepas, kami sekeluarga bercuti di cherating mengikuti 'company trip'.seronok jugak..sebab dah lama tak berjumpa dengan ahli keluarga kawan2..
yang paling seronok adalah anak2...bermain di kolam renang dan bermain di pantai adalah aktiviti yang memang dinanti-nantikan.
bermain pasir di pantai adalah pengalaman pertama anis..pada mulanya agak takut untuk memegang pasir pantai tersebut.kemudian..tak lama selepas tuh..hmm..bukan main lagi..saya minta anak2 meramas, mengempal dan membina 'volcano' daripada pasir tersebut..
saya pernah mengikuti satu kursus yang mengatakan bermain pasir pantai adalah aktiviti yang amat bagus..ia merangsang deria sentuhan,menguatkan otot2 motor halus, menggalakkan anak2 berimaginasi dan memupuk sikap tidak cepat berputus asa.
sikap tidak cepat putus asa adalah bersifat dalaman. kita boleh lihat melalui anak2 tidak putus2 membina semula istana pasir atau binaan yang lain walaupun ia akan runtuh bila dilanda ombak.
selain daripada itu, banyak perkara boleh diajar, nombor, bentuk semasa proses bermain pasir..
jadi jika ke pantai, jangan lupa bermain pasir bersama anak2..jangan hadkan penerokaan anak2..larangan kotor bermain pasir hendaklah dielakkan..
jadi selamat mencuba..
wassalam..



















