Assalamualaikum..
Masa yang terluang selama 2 bulan ini, saya perlu gunakan sebaiknya..kerana selepas ini perlu kembali semula bekerja.
Untuk Adam, Aisyah dan Anis, kemunculan adik baru memang ditunggu-tunggu. Terutama Adam..walaupun hasrat di hatinya ingin sekali mempunyai adik lelaki. Semasa saya hamil, Adam beberapa kali memberitahu saya, selepas solat Maghrib dia mendoakan agar dikurniakan adik lelaki kepadanya..pada waktu itu saya tersenyum dan menerangkan bahawa itu adalah kuasa Allah.kita hanya mampu berdoa..jika adik perempuan, janganlah kecewa kerana samada lelaki atau perempuan kita perlu bersyukur, asalkan dia sihat walafiat dan kita perlu menyayanginya.
Disebabkan Adam sudah bersekolah (darjah 1), masa bersama dengan adik barunya agak terhad..tetapi bagi Aisyah dan anis mereka mempunyai banyak masa bersama dengan adik barunya..
Mereka amat teruja semasa saya memandikan bayi dan menyusukan bayi.. untuk mengelakkan perasaan cemburu dan rasa terpinggir, saya meminta mereka mengambil bahagian..untuk aisyah..saya memintanya menguruskan peralatan mandian bayi..'nappy, kapas, drapolene,ubat untuk pusat bayi..itu semua dia yang ambikkan dan simpankan..untuk anis pula saya memintanya membuka butang baju adiknya..dengan diawasi oleh saya..nampaknya mereka gembira dengan tugas2 kecil tersebut..
Begitu juga pada masa saya menyusukan bayi..saya tidak putus2 bercerita bagaimana susu tersebut boleh keluar..mereka begitu berminat melihat titisan2 susu yang keluar dari 'nenen ibunya'.Dan di situ saya menyelitkan tentang Kehebatan Allah.
Begitu juga jika saya berkomunikasi dengan bayi samada membacakan buku ringkas atau berbual bersama bayi, anis dan aisyah akan turut serta. Pada masa ini saya banyak memfokuskan bacaan bersifat keagamaan..contohnya nama2 Allah dan nama2 Malaikat..sebutan dan kalimah2 Allah saya alunkan selalu.
ok lah..terpaksa berhenti setakat ini..bayi kecil perlukan perhatian..nangis pulak dah..!!
jumpa lagi..
Wassalam..
Sabtu, 2009 April 11
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan