Assalamualaikum..
Rasa lucu pun ada kerana hampir 9 bulan saya menyepikan diri..keadaan diri saya yang agak kritikal semasa hamil menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar..termasuk dengan tugas saya sebagai pensyarah..
Alhamdullilah pihak majikan amat memahami, saya diberikan waktu kerja yang fleksibel yang tidak memerlukan tuntutan masa yang terlalu lama di pejabat..
Walaupun ini adalah anak keempat tetapi proses kehamilan dan alahan yang saya alami lebih kurang sama..malahan kali ini lebih teruk kerana awal kehamilan tersebut bermula pada bulan puasa..
Tetapi itu hanyalah dugaan dan cabaran..sebagai umat Islam saya menempuh dengan redha..dan setiap kepayahan itu pasti ada kemanisannya.
Alhamdullilah..pada 31.03.09, tepat jam 7.47 malam, saya selamat melahirkan bayi perempuan. Dan sekali lagi saya memanjat kesyukuran kepada Ilahi kerana proses melahirkan bayi comel itu amat mudah dan jangkamasa 'kesakitan' itu tidak lama..lebih kurang dalam 15 minit sahaja..
Inilah dikatakan kemanisan, pada awal kehamilan, seribu kepayahan..tetapi dibalas dengan kemudahan diwaktu kelahiran..
Jadi insyaAllah..bermula saat ini, saya akan meneruskan blog ini, berkongsi ilmu yang cetek ini dengan teman2 di luar sana..bermula dari awal kehamilan sehinggalah bermulanya bagaimana mencorak bayi yang diumpamakan kain putih ini..
Berjumpa lagi..
Wassalam
Khamis, 2009 April 09
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan