Assalamualaikum..
Aktiviti main peranan amat penting bagi kanak2 berusia 2-4 tahun. Mereka amat teruja untuk menjadi/meniru aksi atau perilaku orang lain..dan kebiasaannya ia terbentuk dari pemerhatian dan pengalaman mereka.
Aktiviti memasak, bermain alat make-up, menjadi seorang doktor, menjadi seorang cikgu adalah aktiviti yang sering dilakonkan oleh anak2..
Saya juga mengambil kesempatan di atas minat mereka ini untuk bersama2 turut serta dalam permainan 'olok2' mereka ini. Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah main syampu2 rambut,cuci rambut,keringkan rambut, menggunting rambut..yang sering kita lihat aktiviti tersebut dilakukan di salun2. hehhe..suka le anis dan aisyah..saya minta mereka baring, konon2 untuk cuci rambut, bilas dengan air, siap ada tuala kecil lagi..bila masa untuk menggunting rambut, jari saya menjadi seperti gunting..eheh.. sikat pun ade...
Bila semua dah siap, giliran mereka lak 'belasah' rambut saya..habis kusut masai..tapi anis beritahu pada saya.."cantik"..(konon2 lah tuh), hehheh.. (pandailah die!!)
Semua proses ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang sihat. Lagi banyak pengalaman dan pendedahan yang diberikan kepada anak2, lagi berkembang minda dan kreativiti anak2..jadi, ambillah peluang ini sebelum terlambat..
Jumpa lagi.
Wassalam
Sabtu, 2009 April 25
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan