Assalamualaikum..
Pada hujung minggu lepas, kami berkesempatan singgah, makan2 di McDonald..Dan apa yang nak dikongsi bersama adalah anak2 saya terutama Adam, mengambil "extra" bekas plastik (piring kecil) untuk meletak sos . Adik2nya pun ikut sekali..
Sebaik pulang dari McD..anak2 tak sabar2 masuk ke rumah lalu mengambil gam..ehheheh..ada le idea nya tuh..apa yang saya perhatikan, adam melekatkan dua piring kecil tersebut menjadi seperti ala2 kapal UFO..kemudian saya memberi cadangan supaya membuat lubang ditengah2 piring tersebut dan masukkan benang supaya ia boleh dipusingkan supaya seakan2 terbang..
Apa lagi..excitedlah mereka..saya membantu mereka untuk memasukkan benang tersebut menggunakan jarum..jadi jika benang tersebut dipusingkan dengan kuat, piring tersebut pun ikut berpusing seakan2 terbang..hehheh..UFO terbang!!
Walaupun agak ringkas tetapi bagi kanak2, mereka amat teruja dengan aktiviti ini..yang paling menggembirakan adalah mereka merupakan pencetus idea..saya pun tak terfikir nak menggunakan piring kecil sos tersebut untuk buat macam tu..
Insyaallah saya akan sertakan gambar2 aktiviti2 ini tidak lama lagi..
Jadi kalu ke McD jangan lupa aktiviti ini..
Jumpa lagi
Wassalam
Selasa, 2009 April 28
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan