Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 2009 Mei 15

larut dan tak larut..

Assalamualaikum..

Minta maaf agak lama tidak kemaskini blog ini..sibuk dengan tempahan bahulu..ditambah lagi dengan anak2 kurang sihat..

Walau bagaimanapun..baru2 ini saya ada menjalankan aktiviti sains..perbazaan larut dan tak larut..sebenarnya ia adalah permintaan daripada adam apabila adam ada membaca perihal larut dan tak larut di dalam majalah sains adik..

Saya menyediakan beberapa bahan iaitu gula, garam, beras,batu2 kecil,minyak dan pewarna..beberapa bekas kecil dan air..

Aktiviti ini ,mengambil masa yang singkat, cuma agak sukar untuk menjelaskannya kepada anak2 kerana ia melibatkan konsep ikatan molekul bagi setiap bahan tersebut samada ikatan antara molekul itu kuat atau sebaliknya..dan apa kaitannya dengan eksperimen tersebut..

Secara asasnya adam agak memahami walaupun agak terpinga2 mendengar perkataan baru seperti molekul, dan setelah bertanyakan beberapa objek lagi sebagai contoh, dia dapat membezakannya.Objek2 lain yang saya cuba tanyakan adalah ketulan ais, kayu,kain..Aisyah dan anis lebih suka main air dan kacau2..hehhehe..takpelah..nanti kat sekolah belajar lagi..

Apa yang penting di sini adalah memupuk minat anak2..hasilnya tidak begitu penting, tetapi prosesnya..

Selamat mencuba..

Wassalam

0 comments: