
assalamualaikum..
Pada suatu hari, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan anak2 BOS saya..Daripada pandangan mata saya, kemesraan beliau bersama anak2 begitu menyerlah..setelah "dirisik" apa petuanya..beliau memberitahu "makan bersama ahli keluarga" adalah perkara yang paling penting bagi menjaga perhubungan antara satu sama lain..
Setelah mendengar petua beliau, saya cuba mengaplikasikan secara rutin..kena paksa2 gak lah..
Setelah selama seminggu menjalankan aktiviti makan bersama, saya sudah nampak perubahannya..Anak saya yang berumur 7 tahun dan 2 1/2 tahun sudah pandai mengajak saya makan bersama selepas saya pulang dari pejabat..Alhamdullilah..
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Ros yang tidak lokek mencurahkan ilmu dan petua..semoga saya diberi ruang masa dan kesabaran untuk saya meneruskan aktiviti yang begitu bermanfaat ini.
Sekian.Jumpa lagi.

0 comments:
Catat Ulasan